Saturday, May 16, 2009

ekonomi : belilah barangan buatan malaysia


Pada awal tahun,masalah kemelesatan ekonomi telah melanda negara.Banyak orang kena diberhentikan kerja.Banyak juga jenayah berlaku disana-sini.Pihak Kerajaan juga telah memainkan peranan bagi membendung kegawatan ekonomi yang semakin membimbangkan ini.Bagi yang berniaga,berkerja dikilang dan berkerja dipihak swasta bakal menghadapi kesannya.

Tetapi sekarang ekonomi sudah semakin pulih.Bagi mengurangkan kesan kegawatan ini dinegara kita.Marilah kita berubah demi masa depan negara kita dengan membeli barangan buatan negara kita sendiri.Walaupun tidak terkenal di seluruh dunia tetapi setiap produk mempunyai kekurangan dan kelebihan tersendiri.Dengan membeli barangan buatan kita sendiri.Kita dapat meningkatkan tahap ekonomi negara kita sendiri.Tempiasnya juga akan diterima kepada seluruh rakyat Malaysia sendiri.Masa depan negara kita adalah ditangan kita sendiri kerana kita adalah rakyat Malaysia.....

No comments:

Post a Comment