Wednesday, May 20, 2009

sukan : Carlos Tevez tinggalkan MU??

Carlos Tevez dijangka akan meninggalkan Manchester United penghujung musim ini.Ini kerana beliau sering disisih oleh Sir Alex Ferguson sebagai pemain dibangku simpanan sahaja.Beliau mungkin akan berhijrah ke Liverpool ataupun Arsenal.Walaubagaimanapun ia tidak akan menjejaskan reputasi Manchester United.Saya percaya MU masih mempunyai ramai lagi pelapis yang masih muda dan mempunyai bakat yang boleh digilap lagi.
GLORY GLORY GLORY MANCHESTER UNITED.......

Sunday, May 17, 2009

sukan : Jorge Lorenzo menang di Le Mans


Penunggang Sepanyol,Jorge Lorenzo telah mencatatkan kemenangan untuk berada ditempat pertama didalam senarai pelumba dengan mendahului satu mata diatas Valentino Rossi.Perlumbaan penuh dengan dramatik kerana litar basah kerana hujan diawal perlumbaan.Marco Melandri menduduki tempat ke-2 dan diikuti Dani Pedrosa yang berjaya mengejar rakan sepasukannya iaitu Andrea Dovizioso untuk menduduki tempat ke-3.

semasa : macam-macam ada semalam


Semalam banyak acara yang berlaku.Tidak kira dari bidang sukan dan hiburan.Didalam dan luar negara juga.Pasukan badminton negara telah kecundang ditangan China untuk Badminton Piala Sudirman.Pasukan pilihan dihati Manchester United telah pun memenangi Piala Liga Perdana Inggeris walaupun seri 0-0 menentang Arsenal dan Selangor telah mencatat kemenangan 1-0 keatas Pulau Pinang di Stadium Shah Alam.Pasukan hoki negara pula telah kecundang didalam perlawanan bertemu CHina bagi merebut tempat ke-3 untuk kejohanan Hoki Piala Asia tahun ini.Akademi Fantasia ke-7 pula telah pun mempunyai pemenangnya iaitu Hafiz sebagai johan Akademi Fantasia musim yang ke-7.Ariel yang diafundi masuk telah mendapat tempat ke-2,Akim ditempat ke-3,Yazid ditempat ke-4 dan ditempat ke-5 Isma.

Saturday, May 16, 2009

rizale@video(1)

ekonomi : belilah barangan buatan malaysia


Pada awal tahun,masalah kemelesatan ekonomi telah melanda negara.Banyak orang kena diberhentikan kerja.Banyak juga jenayah berlaku disana-sini.Pihak Kerajaan juga telah memainkan peranan bagi membendung kegawatan ekonomi yang semakin membimbangkan ini.Bagi yang berniaga,berkerja dikilang dan berkerja dipihak swasta bakal menghadapi kesannya.

Tetapi sekarang ekonomi sudah semakin pulih.Bagi mengurangkan kesan kegawatan ini dinegara kita.Marilah kita berubah demi masa depan negara kita dengan membeli barangan buatan negara kita sendiri.Walaupun tidak terkenal di seluruh dunia tetapi setiap produk mempunyai kekurangan dan kelebihan tersendiri.Dengan membeli barangan buatan kita sendiri.Kita dapat meningkatkan tahap ekonomi negara kita sendiri.Tempiasnya juga akan diterima kepada seluruh rakyat Malaysia sendiri.Masa depan negara kita adalah ditangan kita sendiri kerana kita adalah rakyat Malaysia.....

Friday, May 15, 2009

agama : kos untuk menunaikan haji naik


Lembaga Tabung Haji telah menaikkan kos untuk menunaikan haji pada tahun ini sebanyak RM1,007.00 kepada RM9,980.oo.Ini kerana kerja pembesaran dalam lingkungan 800 meter dipersekitaran Masjidil Haram yang dimulakan Kerajaan Arab Saudi pada 2007.Ini menyebabkan banyak beberapa hotel dan rumah penginapan terpaksa dirobohkan yang mengakibatkan kekurangan katil dikawasan itu dan sekali gus menyebabkan sewa hotel meningkat.Justeru itu,bagi yang berkemampuan ketika ini.Segerakanlah menunaikan Rukun Islam yang kelima ini.Renung-renungkan dan selamat beramal........

kesihatan : kes pertama virus H1N1


Kes pertama di Malaysia virus Influenza A (H1N1) telah dapat dikesan.Seorang pelajar yang baru balik dari Amerika sah dijangkiti virus tersebut.Bagi sesiapa yang menaiki anak kapal penerbangan Malaysia (MAS) MH091 dari NEWARK, AMERIKA SYARIKAT sila menghubungi segera talian 03-88810200 dan 03-88810300 atau membuat pemeriksaan lanjut dihospital dan klinik kerajaan yang berdekatan.Sama-samalah kita mencegah wabak ini daripada menular dan jagalah kebersihan demi masa yang akan datang.Wariskan lah persekitaran yang indah dan bersih kepada anak kita dimasa akan datang....


Buanglah sampah didalam tong sampah,

Sampah yang boleh dikitar semula salurkanlah ke pusat kitar semula,

Nasihat ikhlas ini renung-renungkanlah,

Demi menjaga alam sekitar kita.

Thursday, May 14, 2009

hiburan : af7 final concert.....


Pejam celik,pejam celik.....sudah pun nak berakhir program realiti tv Akademi Fantasia musim ke 7.sabtu ni lah penentunya....adakah isma akan mengikut jejak adiknya yang telah memenangi OIAM baru-baru ini.mungkin juga hafiz, ataupun akim, boleh juga yazid dan tak lupa juga ariel.semua terletak ditangan anda untuk mengafundi mereka semua untuk menjadi juara af musim ke 7.bagi yang mengafundi nanti jangan pulak tak mengundi pada pilihan raya yang akan datang.pesanan ni khas untuk yang cukup umur untuk mencabut undi pilihan raya yang akan datang dan jalankan tanggungjawab anda sebagai rakyat Malaysia dan selamat beramal......

sukan : mu vs arsenal

perlawanan penentu siapa yang akan memenangi trofi juara liga perdana di england.adakah mu atau liverpool.sama-sama kita saksikan..... biarpun prestasi mu macam air laut kejap pasang.tetapi mu tetap dihatiku..... tak juga lupa liga tempatan buat selangor.semoga berjuang habis-habisan umpama red giant.