Monday, July 6, 2009

Kategori : TOHARAH Mandi Wajib
Tajuk :
Air Mazi Tidak Mewajibkan Mandi Hadas Besar
Hadith :
Daripada Ali bin Abi Talib r.a berkata : “Aku adalah seorang yang selalu keluar air mazi, lalu aku menyuruh al-Miqdad ibn al-Aswad bertanya kepada nabi SAW, lalu ia pun bertanya, maka baginda menerangkan : “Padanya, air sembahyang.”

al-Bukhari . Muslim


Huraian

Islam mempunyai peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh syarak berhubung dengan amal ibadat. Oleh itu Islam tidak menerima ibadah seseorang melainkan setelah memenuhi syarat-syarat yang tertentu. Misalnya ibadah solat, ia disyaratkan berwuduk terlebih dahulu. Mengambil wuduk pula disyaratkan dengan air yang suci lagi bersih. Begitu juga wuduk seseorang dikira batal disebabkan oleh perkara-perkara tertentu.. Keluarnya air mazi yang najis merupakan salah satu perkara yang membatalkan wuduk seseorang. Maka, seseorang yang keluar air mazi tidak diwajibkan mandi tetapi hanya diwajibkan membasuh kemaluan dan berwuduk sahaja.

Umat Islam juga hendaklah membuang bersikap malu untuk bertanya sesuatu masalah agama kepada orang yang lebih mengetahui walau pun melalui orang perantaraan. Contohilah sahabat nabi SAW, Sayidina Ali bin Abu Talib r.a dalam menyelesaikan masalahnya.

*sumber Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

kenapa menolak sedangkan dia memberi?

Bismillah...
Selawat dan salam keatas junjungan besar, Muhammad Rasulullah...

Maksud firman Allah S.W.T :

"Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." Az-Zumar : 53
Siapa yang sentiasa menolak dan siapa pula yang sentiasa memberi?
Mahu saya ertikan disini sang memberi itulah Allah dan sang penolak itulah manusia. Angkuh sungguh bukan sang penolak itu, angkuh? Kenapa angkuh pula? Sedangkan apa yang diberi dan apa yang ditolak itupun saya belum jelaskan. Sabar. Jangan menghukum tanpa ilmu, jangan menyerang sebelum menerang. Izinkan.
Setiap yang bergelar manusia pastinya tidak mungkin melarikan diri dari suatu hakikat, KESILAPAN! Mana mungkin kita tidak tersilap, mana mungkin kita tidak terlupa, sedangkan Rasulullah S.A.W sendiri memungkinkan diri baginda tersilap, apatah lagi kita insan biasa yang cacamarba ini.
Ah, tentu sekali sehari hari bergelumang dengan kesilapan, besar atau kecil sama saja kelakuannya, si kecil dengan kesilapan kecilnya si besar dengan kesilapan besarnya, begitulah selanjutnya. Beruntai untai kesalahan dan kesilapan. Mahu menghitung? Silakan...
Apa pula jadinya dengan MENOLAK dan MEMBERI tadi? Begini lanjutannya.
Pasti pernah bukan, setelah melakukan suatu kesilapan atau kesalahan. Terasa berat dan besarnya beban dosa yang dipikul bagai memikul dunia seisinya, pernah rasa begitu? Pernah terasa kesilapan yang dilakukan bagai tiada sudahnya?
Bagai memikul satu junjungan dosa di atas kepala dan ditayang-tayang pula kepada semua. Semua melihat kejelikan kita. SEMUA!
Atau pernah menangis pada zahirnya diikuti tangis hati pula, menyalah-nyalahkan diri atas kelemahan sendiri. Menyendiri, sendirian merintih sayu, tiada lagi tempat mengadu, tiada lagi tempat berpaut, tiada lagi tempatku di dunia. Mahu kemana? Terjun bangunan 44 tingkat? Silakan. Jika sudah bosan membaca.
QURRA' sekalian. Pernah atau tidak merasa begitu? Atau tidak pernah? Tidak? Jika tidak jawapannya, maka silakan segera mencari 'RASA' itu kerana dengan 'RASA' itulah dapat menunjukkan kalian masih punya hati dan jiwa. Menunjukkan kalian masih dengan ayat-ayat NYA.
Maksud firman Allah :

"Yang melihatmu semasa engkau berdiri (mengerjakan sembahyang), Dan (melihat) gerak-gerimu di antara orang-orang yang sujud. Sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." As-Shu'araa : 218 - 220
Begitu saja? Dengan punya rasa begitu sudah cukup? Merintih-rintih sendiri di balik pintu sambil menyalahkan diri? Membawa perasaan pilu seolah-olah tiada siapa yang mahu menjeling kearah kita. Apakah betul dengan punya rasa begitu kita sudah cukup untuk dikira hambanya yang patuh?
Kalau ditanya dengan kelakuan itu menunjukkan kalian masih punya rasa jawapannya ya! Tapi kalau begitu kelakuannya, kalian boleh digelar insan yang punya rasa dan sudah berputus asa...:)
Mungkin amat besar kesilapan dan kesalahan yang pernah kita kerjakan, mungkin juga kecil. Tetapi ingatlah teman yang saya kasihi dan ingatan kepada diri sendiri jua, jangan sesekali berputus asa dari rahmat Allah! DIA masih lagi tidak lekang dalam MEMBERI. Kenapa kita mahu MENOLAKnya? Rahmat dah kasihNya tidak pernah lekang untuk kita teman, cuma kita saja yang seringkali menolak dan terus menolak.
Alangkah rugi menolak anugerah. Sebesar mana pun kesilapan dan kesalahan, ingatlah DIA masih lagi tidak lokek dalam MEMBERI.
Maksud sabda Rasulullah SAW :

"Sesungguhnya Allah SWT malu membiarkan hambaNya kembali dengan tangan hampa, ketika seorang hamba berdoa kepada tuhannya." HR Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah
Alangkah manisnya bait-bait kata itu, tidakkah QURRA' sekalian dapat merasa akan kemanisan itu. Alangkah bersifat MEMBERI-nya sang Pencipta Yang Maha Kuasa. Adakah kita tidak sudi mendapatkan pemberian dariNya? Mahu apa? Keampunan, kesejahteraan? Hadapkanlah sepenuh pengharapan dan keyakinan kepadaNya wahai teman! insyaAllah...
Maksud firman Allah SWT :

"Berdoalah kamu kepadaKu nescaya aku perkenankan doa permohonan kamu." Ghafir : 60
Janganlah terlalu terbawa bawa kesedihan dan duka lara itu, bergembiralah dengan janji Allah, yakinlah, pohonlah padaNya. Jangan sesekali berputus asa dari rahmatNya kerana itu perbuatan sia2 membawa murka. Jangan begitu QURRA' sekalian, mengapa mahu MENOLAK sedangkan DIA MEMBERI?
Kesedihan yang datang itu pastinya kerana melengkapi fitrah sebagai manusia yang masih punya rasa, tetapi jangan jadikan ia sebagai ratapan rutin yang sia-sia. Kuatkan dan tabahkan diri, NurNya ada dimana mana. Segelap mana pun bahagian diri ini pasti NurNya akan menyinggahi diri selagi masih ada mahu memperolehnya.
Jangan biarkan diri menjadi sang putus asa yang tidak punya rasa, tinggalkan duka lara itu dan pohonlah padaNya dengan keyakinan yang teguh. Pasakkan betul keimanan nan utuh agar tidak lagi terumbang ambing di ulit ombak perasaan.
Maksud firman Allah SWT :

"Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." Az-Zumar : 53
Teruskan meminta, sesungguhnya Allah merindui rintihan hamba-hambaNya bahkan murka kepada si hamba yang tidak mahu meminta, sedarlah hakikat diri sebagai hamba dan sedarlah hakikat Yang Maha Kuasa itu punya sifat MEMBERI yang tiada tolok bandingnya.
Usah lagi meratap kesalahan dan kesilapan sampai membawa mudarat diri, bangkitlah menuju fasa baru kehidupan yang lebih bermakna. Usah MENOLAK lagi! Sujud dan pohonlah kepadaNya. Pasti DIA MEMBERI!
wallahu'alam
* sumber i luv islam

selamat datang ke real madrid....

Akhirnya Real Madrid berjaya mendapatkan ayam tambatan Manchester United iaitu Cristiano Ronaldo untuk bermain di musim hadapan.Walaupun Manchester United telah kehilangan 2 tonggak utama di bahagian serangan.Namun dengan kemasukan Michael Owen semoga dapat memantapkan lagi bahagian serangan.Namun begitu ramai yang khuatir terhadap tahap kecergasan Owen ketika ini.Walau apa pun yang terjadi.Manchester United tetap akan ku sokong walaupun banyak star2 dah dibeli namun banyak lagi pelapis2 yang boleh digilap lagi bakat mereka.Dan tak lupa juga ingin mengucapkan selamat datang ke Malaysia......

Sunday, July 5, 2009

Dani Pedrosa menang!!!!!


Akhirnya Dani Pedrosa dapat juga naik ke podium selaku pemenang untuk perlumbaan yang berlangsung 4.30 pagi tadi(waktu Malaysia).Perlumbaan yang berlangsung di litar Red Bull U.S. Valentino Rossi menduduki tempat kedua dan diikuti Jorge Lorenzo ditempat ketiga.

Saturday, July 4, 2009

RED BULL U.S. GRAND PRIX

MotoGP Qualifying Practice Classification

Pos. Num. Rider Nation Team Motorcycle Lap time Km/h Gap
1 99 Jorge LORENZO SPA Fiat Yamaha Team Yamaha 1'21.678 261.058
2 46 Valentino ROSSI ITA Fiat Yamaha Team Yamaha 1'21.845 264.058 0.167
3 27 Casey STONER AUS Ducati Team Ducati 1'21.910 262.901 0.232
4 3 Dani PEDROSA SPA Repsol Honda Team Honda 1'22.113 260.492 0.435
5 4 Andrea DOVIZIOSO ITA Repsol Honda Team Honda 1'22.135 260.554 0.457
6 24 Toni ELIAS SPA San Carlo Honda Gresini Honda 1'22.146 260.303 0.468
7 5 Colin EDWARDS USA Monster Yamaha Tech 3 Yamaha 1'22.490 262.326 0.812
8 69 Nicky HAYDEN USA Ducati Team Ducati 1'22.540 259.241 0.862
9 7 Chris VERMEULEN AUS Rizla Suzuki MotoGP Suzuki 1'22.633 260.303 0.955
10 65 Loris CAPIROSSI ITA Rizla Suzuki MotoGP Suzuki 1'22.662 262.326 0.984
11 33 Marco MELANDRI ITA Hayate Racing Team Kawasaki 1'22.842 256.532 1.164
12 15 Alex DE ANGELIS RSM San Carlo Honda Gresini Honda 1'23.004 260.617 1.326
13 59 Sete GIBERNAU SPA Grupo Francisco Hernando Ducati 1'23.106 256.959 1.428
14 14 Randy DE PUNIET FRA LCR Honda MotoGP Honda 1'23.147 254.777 1.469
15 52 James TOSELAND GBR Monster Yamaha Tech 3 Yamaha 1'23.390 256.837 1.712
16 88 Niccolo CANEPA ITA Pramac Racing Ducati 1'23.912 256.349 2.234
17 41 Gabor TALMACSI HUN Scot Racing Team MotoGP Honda 1'24.528 248.905 2.850
TM Liga Super Results - 4 July Match
Date: 04/07/2009





Saturday, 4 July 2009 - Liga Super 2009 LS21 Result:

No Team vs Team
141 Perlis 1-0 Johor FC

-
-
142 PLUS FC 5-2 Negri Sembilan

-
-
143 MyTeam 1-4 Selangor

-
-
144 Kuala Muda NAZA 0-4 Kedah

-
-
145 PDRM 0-2 Pulau Pinang

-
-
146 Kelantan 3-2 Pahang

-
-
147 Terengganu 1-1 Perak

-
-

Liga Super 2009 Table Position:

No Move Teams P W D L F A +/- Pts
1 - Selangor 23 17 3 3 49 18 +31 54
2 - Perlis 23 16 4 3 36 15 +21 52
3 - Kelantan 23 14 1 8 47 32 +15 43
4 1 Kedah 22 13 3 6 35 21 +14 42
5 1 Terengganu 23 13 1 9 39 29 +10 40
6 - Johor FC 22 12 2 8 40 24 +16 38
7 - Negri Sembilan 23 10 4 9 37 31 +6 34
8 - Kuala Muda NAZA 23 11 1 11 30 32 -2 34
9 2 PLUS FC 23 9 4 10 27 24 +3 31
10 1 Perak 23 9 3 11 24 32 -8 30
11 1 MyTeam 23 9 2 12 26 38 -12 29
12 - Pulau Pinang 23 5 3 15 27 49 -22 18
13 - Pahang 23 4 2 17 28 55 -27 14
14 - PDRM 23 0 3 22 15 60 -45 3
M Liga Premier Results - 3 July Match
Date: 03/07/2009





No Team vs Team
134 Sabah 1-0 Melaka




135 Kuala Lumpur 0-1 T-Team




136 Sarawak 0-2 PKNS FC




138 SDM FC 2-1 Shahzan Muda




139 Harimau Muda 1-0 Felda United




140 Johor 2-0 ATM




Liga Premier 2009 Table Position:

No Move Teams P W D L F A +/- Pts
1 - Harimau Muda 18 16 1 1 38 9 +29 49
2 - T-Team 19 13 5 1 44 7 +37 44
3 - Johor 18 12 3 3 33 10 +23 39
4 - Kuala Lumpur 18 9 5 4 31 14 +17 32
5 - Proton FC 18 9 3 6 30 19 +11 30
6 1 PKNS FC 19 7 6 6 15 16 -1 27
7 1 Felda United FC 19 6 7 6 21 16 +5 25
8 - Shahzan Muda 19 5 4 10 21 29 -8 19
9 - Melaka 19 3 8 8 17 26 -9 18
10 - Sabah 18 4 5 9 12 20 -8 17
11 - ATM 19 3 5 11 14 41 -27 14
12 - Sarawak 18 2 5 11 18 43 -25 11
13 - SDM FC 18 1 3 14 7 51 -44 6

* MBJB FC has been expelled from the competition

*sumber fam