Saturday, June 6, 2009

oh... halimah jongang

Selamat Pengantin Baru......

Selamat pengantin baru kepada semua yang berkahwin hari ni.......
Semoga berkekalan sampai bila-bila walaupun berjuta dugaan yang menanti di masa hadapan....

Friday, June 5, 2009

Thursday, June 4, 2009

Nilah kawan2 ku di Unit Hasil

Inilah gambar kenangan di Unit Hasil Pejabat Daerah Kecil Dan Tanah Gemas bersama budak praktikal yang bernama Umi dgn si kocik Syukri.......

Wednesday, June 3, 2009

hiburan : Jangan Pandang Belakang Congkak???


Jangan lupa saksikan filem komedi terbaru arahan Ahamad Idham. Ia mengisahkan sebuah kg tinggal seorang tua bernama Pak Sudir, sorg yg tersgt kaya dan juga dikatakan memelihara saka. Pak Sudir ni selalu boleh dilihat di beberapa tmpt dlm satu masa. Bila tgk pd raut wajahnya, tiada siapa menyangka usia si Pak Sudir ni tlh mencecah hampir 125 thn. Pak Sudir tinggal dgn seorang pembantu iaitu Mustika. Di saat kematian Pak Sudir, pelbagai kejadian aneh tlh berlaku dan juga menggemparkan penduduk kg. Dikatakan Pak Sudir tlh lama meninggal dan yg terlantar sedang sakit itu ialah sakanya. Sorg bomoh terkenal yg bernama Pak Mor dipanggil dan stlh berlaku pertarungan dahsyat, saka itu tlh berjaya dikeluarkan dan Pak Sudir akhirnya meninggal dunia.
Di Kuala Lumpur pula, 3 org pemuda tlh mendapat satu surat setiap sorang drpd Pak Sudir yg menjemput mereka dtg ke rumahnya. Tiga org pemuda itu ialah Punai, sorang penyeluk saku, Asmat pula kerja di tempat letak kereta dan Johan pula seorang jurujual. Pada hari yg ditetapkn didlm surat itu, ketiga-tiga mamat ni tiba di rmh Pak Sudir. Di sana barulah mereka tahu yg Pak Sudir adalah datuk diorang dan diorg bertiga adalah sepupu. Mustika memberitahu lagi bahawa mereka bertiga bakal mewarisi harta pusaka peninggalan Pak Sudir sekiranya diorg berjaya mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Mereka hendaklah bermalam di rumah tersebut selama 3 malam berturut-turut dan tidak boleh menyentuh apa-apa barang di rumah tersebut terutamanya sebuah congkak usang. Oleh kerana syarat itu dianggap terlalu mudah bagi mereka dan ini adalah peluang untuk hidup sng, mereka pun bersetuju dengan syarat-syarat tersebut. Apa yg mereka tidak tahu adalah, sebenarnya mereka akan mewarisi ilmu saka Pak Sudir jika Berjaya mengharungi tiga malam tersebut.
Pada mlm pertama, mereka tlh terjumpa congkak usang yg dimaksudkan oleh Mustika. Mereka membelek-belek congkak tersebut dan apabila dibalikkan di belakang congkak itu, terdapat tulisan Sanskrit yang terukir. Ketika itu juga tulisan tersebut seperti mengeluarkan cahaya dan terkena pada muka mereka bertiga lalu mereka pengsan. Mustika dari awal hanya memerhatikan pergerakan mereka bertiga itu.
Kampung yang telah aman semenjak kematian Pak Sudir tiba-tiba gempar semula. Org minyak tlh muncul dan mendapat mangsa pertama. Satu makhluk yang menyerupai hantu raya juga telah muncul dan telah makan ayam satu reban dan satu makhluk yang menyerupai toyol telah muncul dan mencuri duit kepunyaan org kpg. Ketiga-tiga kejadian itu berlaku serentak pd mlm yg sama. Pada pagi esoknya Punai bangun dari tidur dan hairan bagaimana satu bra boleh tergantung di lehernya. Johan pula bangun dgn penuh bulu-bulu ayam dan darah ayam penuh di mulutnya. Asmat pula bangun dan di poketnya penuh dengan duit. Mereka sendiri tak tahu apa yg telah berlaku pada diri mereka. Pagi itu satu kampung heboh dgn tiga kejadian yg berlaku serentak pada satu malam itu. Macam-macam andaian telah dibuat oleh penduduk kampung tentang kejadian-kejadian itu. Ada yang mengatakan makhluk-makhluk peliharaan Pak Sudir telah kembali mengganas. Pak Mor dipanggil semula. Pak mor kemudiannya menyatakan yg makhluk-makhluk peliharaan Pak Sudir dahulu telah berkeliaran utk mencari org yg sanggup menjaga mereka. Pak Mor menyatakan jika makhluk-makhluk peliharaan Pak Sudir itu berjaya mendapat mangsanya 3 malam berturut-turut maka mereka tlh berjaya mendapat org yg boleh menjaga mereka dan kampung itu tidak akan aman selama-lamanya. Mai lah ramai-ramai menonton filem ini yg pasti menggeletek hati anda ,membuat bulu roma anda menegak dan macam-macam lagi...........

Wednesday, May 20, 2009

sukan : Carlos Tevez tinggalkan MU??

Carlos Tevez dijangka akan meninggalkan Manchester United penghujung musim ini.Ini kerana beliau sering disisih oleh Sir Alex Ferguson sebagai pemain dibangku simpanan sahaja.Beliau mungkin akan berhijrah ke Liverpool ataupun Arsenal.Walaubagaimanapun ia tidak akan menjejaskan reputasi Manchester United.Saya percaya MU masih mempunyai ramai lagi pelapis yang masih muda dan mempunyai bakat yang boleh digilap lagi.
GLORY GLORY GLORY MANCHESTER UNITED.......

Sunday, May 17, 2009

sukan : Jorge Lorenzo menang di Le Mans


Penunggang Sepanyol,Jorge Lorenzo telah mencatatkan kemenangan untuk berada ditempat pertama didalam senarai pelumba dengan mendahului satu mata diatas Valentino Rossi.Perlumbaan penuh dengan dramatik kerana litar basah kerana hujan diawal perlumbaan.Marco Melandri menduduki tempat ke-2 dan diikuti Dani Pedrosa yang berjaya mengejar rakan sepasukannya iaitu Andrea Dovizioso untuk menduduki tempat ke-3.